Sunday, November 1, 2009

SKSD Juara!!!



Pada 31 Oktober 2009 yang lalu, iaitu pada hari Sabtu,
Sk Serkam Darat telah menghantar
adik Nurul Hidayah Bt Mohd Razif iaitu
Naib Johan Kategori hafazan bagi Karnival Pendidikan Pra sekolah Peringkat Daerah Jasin,
juga yang mewakili Daerah Jasin ke Karnival Pendidikan Pra Sekolah Peringkat Negeri Melaka.
Adik Nurul Hidayah telah berjaya menewaskan rakan-rakan sebaya nya dalam kategori tersebut dan telah berjaya merangkul tempat pertama (Johan)
semasa Karnival Pendidikan Pra Sekolah peringkat Negeri Melaka tahun 2009.
Pihak sekolah amat berbangga di atas kejayaan yang telah diukir oleh
adik Nurul Hidayah Bt Mohd Razif.
Semoga semua pelajar SKSD akan mencontohi semangat kejayaan adik kita ini.
Sekalung Tahniah sekali lagi pihak sekolah ucapkan!!!

No comments:

Post a Comment