Thursday, January 28, 2010

Klinik Pergigian Pra Sekolah 2010

Pada 28 Januari 2010 bersamaan hari khamis, Murd-Murid Pra-Sekolah SKSD telah menghadiri satu sessi Klinik Pergigian 2010. Klinik tersebut telah diadakan di Makmal Komputer SKSD. Klinik ini juga dipantau bersama oleh guru kelas bagi kedua-dua kelas tersebut iaitu Pn Roslina Binti Ahmat dan Pn Rohana Bt Bakar.

Dalam klinik kali ini, adik pra sekolah kita ini telah dipertontonkan dengan tayangan kartun yang berkisarkan penjagaan gigi dan caranya yang betul. Diharap dengan adanya klinik ini dapat menyedarkan adik-adik kecil kita ini tentang betapa pentingnya menjaga gigi dalam kehidupan seharian kita.





No comments:

Post a Comment